Saturday, 4 July 2009

Pengalaman seram di asrama

Aku ingin berkongsi cerita-cerita seram dan misteri bersama semua pembaca diruangan ini.

Pernahkah anda mengalami peristiwa yang menyeramkan dan penuh misteri?

Pengalaman pertama yang aku rasai sendiri adalah semasa mula-mula menjejakkan kaki ke asrama penuh. Aku punyelah excited nak masuk asrama. Berkobar-kobar sampai tak lelap mata memikirkan macamanalah rasanya tinggal di asrama. Pagi - pagi lagi aku dah bangun dan siapkan semua kelengkapan untuk mendaftar masuk ke asrama. Setelah semua urusan selesai, aku dibawa ke dorm dengan diiringi oleh kedua orang tuaku.
Disebabkan aku tiba lebih awal, maka aku bebas memilih untuk tidur dimana-mana katil yang ada. Aku memilih untuk tidur di katil yang bersebelahan dengan pintu. Katil dua tingkat asrama telah disusun bercantum 2 katil. Maka ada lima kumpulan katil dalam bilik tersebut.
Malam tu setelah balik dari majlis suai kenal, aku yang keletihan terus berbaring atas katil sambil memikirkan aktiviti-aktiviti yang akan aku lalui esok hari. Sedar tak sedar dah pukul 12.00 lebih, tapi mata aku masih tak boleh tidur. Kakak-kakak form six pun dah balik ke dorm. Kakak kat sebelah aku pun dah tidur gak. Agaknya sebab beralih tempat tidur, jadi susah sangat mata nak lelap. Tiba-tiba aku terdengar bunyi hentakan kaki yang sangat kuat. Aku dapat merasakan gegaran setiap kali hentakan kaki itu kedengaran. Bunyi hentakan kaki tu betul-betul berhenti diluar pintu dorm aku. Masa tu aku tak rasa apa-apa lagi, sebab tak lama lepas tu bunyi hentakan kaki tu hilang. Dam!dam!dam! pintu disebelah katil aku diketuk kuat. Mulanya aku ingatkan ada lagi senior yang lewat balik, aku dah nak bangun buka pintu. Tetapi pintu tiba-tiba bergegar dengan kuat dan diketuk bertalu-talu. Anehnya tak seorang pun penghuni dorm yang sedar dengan bunyi bising tu. Akak kat sebelah aku, punyelah bagus tidur je. Aku pun mulalah rasa tak sedap hati, terus tarik selimut dan bersembunyi bawah selimut tu. Pintu masih terus digegar dan ditendang-tendang berkali-kali. Aku dapat mendengar dengan jelas bunyi keriukan yang bising seperti bunyi kelawar. Bunyi selipar dibaling ke pintu dan pintu ditendang-tendang dan bunyi selipar disepak-sepak. Aku pura-pura tidur dan tutup mata rapat-rapat. Kemudian aku terdengar suara dua kakak senior berbisik sesama sendiri "dia dah datang dah...". Bila aku dengar perkataan tu serta-merta tubuh aku menggigil ketakutan. Aku tak berani nak bergerak sedikit pun, sampai kaki dan badan aku rasa sakit dan kebas. Aku tak berani langsung nak buka selimut atau bergerak. Aku cuba kejutkan kakak kat sebelah aku tapi tak berjaya. Masa tu aku hanya berdoa agar hari cepat siang. Aku rasakan perjalanan malam tu sangat panjang, entah bilalah nak siang.
Entah bila aku terlelap aku pun tak sedar. "dik, bangun solat". Aku dikejutkan oleh kakak senior untuk solat subuh. Fuh! lega betul hari dah siang. Aku harap semua yang aku alami semalam tu cume mimpi je. Eh! apasal semua selipar berselerak ni. Aku terdengar kakak senior bersungut-sungut sambil menyusun semua selipar dan kasut yang berselerakan. Aku rasa terkedu seketika memikirkan peristiwa malam tadi tu...memang betul-betul berlaku. Aku cuba tanya kakak sebelah aku samada dia ada dengar apa-apa malam tadi. Dengan selamba dia jawab "entah, tak dengar apa-apa pun". Sah-sahlah tidur mati.
Selepas dari hari tu pelbagai lagi peristiwa dialami sepanjang aku tinggal diasrama. Aku akan ceritakan di lain kali.

9 comments:

  1. SAYA RASA CERITA AWAK MEMANG MENAKUTKAN TETAPI APA BOLEH BUAT TERIME JE LAH

    ReplyDelete
  2. best la jugak..tp x takut pun....hahahaha

    ReplyDelete
  3. seram ..kalo kene kat saya kompem dah tuko balik skolh!!
    hihihi

    ReplyDelete
  4. haha...klakor plax aku baca...

    ReplyDelete
  5. Wahhh ,, kagumm .. Betull x tipu ,, kagumm gileerr .. Gudd Job .. !

    ReplyDelete
  6. helo..i baru baca kisah ni, btw apa yg berlaku dlm cerita seram tu pernah berlaku pada i.. i pelik juga pintu kena ketuk, pinggan kaca kena hempas kat lantai, katil double decker kena gegar tp x seorg insan pun dalam dorm tu sedar n dengar kecuali i.. zaman asrama adlh zaman yg menyeramkan..

    ReplyDelete